RSS

Products Page

Dua Lauk - Fiksi Popkon dari Zon Imaginasi Terlarang

ISBN:  9789834386818
Author:  Taf Teh & D'Ianadi
Publisher:  Sang Freud Press
Year:  2009
No of Pages:  90
Product ID: 357

Fiksi Popkon dari Zon Imaginasi Terlarang, adalah kumpulan cerpen oleh dua orang penulis wanita yang semakin dikenali di dunia maya. Pendek, padat dan penuh imaginasi, fiksyen-fiksyen mereka dijangka akan mencarta koordinat baru dalam peta sastera Malaysia.

"Aku tiba di hadapan 7Eleven. Budak-budak Melayu beruniform merah bergurau senda gembira di kaunter. Seronok ya, dik, dapat kerja dalam ekon?"

Dalam koleksi fiksi dua perempuan ni kerja dalam ekon adalah kemuncak hidup, dan mati itu satu kelegaan.

Kerana, siapa mahu hidup dalam dunia yang dipenuhi kucing-kucing pondan, lipas yang ugut minta ufti, lelaki emo yang suka minum susu stroberi, dan mekap yang buat kau nampak macam robot tak berperasaan.

Price: MYR 20.00