Pembudayaan Ilmu: Membina Jati Diri Ketamadunan
Di kalangan para pengamat dan penganalisis perkembangan dunia, terdapat golongan yang mempromosikan tafsiran bahawa pada abad ini ekonomi adalah segala-gala, sehingga dunia pun akan kalut dalam persaingan antara negara untuk menjadi kuasa ekonomi. Sementara itu ada pula golongan yang mengusung idea bahawa tamadun adalah segala-gala, sehingga dunia pun akan gawat dengan perbenturan antara tamadun atau clash of civilizations. Terlepas daripada kebisingan polemik tersebut, bagi kita tamadun bukan isu musim-musiman. Pentingnya tamadun tidak hanya pada abad ini. Tamadun adalah misi keinsanan sepanjang zaman. Justeru, manusia sebagai khalifah Allah di bumi adalah pengemban amanah ketamadunan yang meliputi dua fungsi utama: imarat al-ard (membangun, mongolah, mengurus dan memakmurkan bumi dengan menggunakan ilmu dan teknologi), dan islah al-ard (mengislah, membudaya dan menertibkan kehidupan warga bumi dengan melaksanakan nilai-nilai unggul kebenaran, keadilan, kasih-sayang, kedamaian, kebahagiaan dan lain-lainnya).
Price: MYR 25.00