​Manuskrip Melayu : Sumber Maklumat Peribumi Melayu

​Manuskrip Melayu : Sumber Maklumat Peribumi Melayu

Penerbit: Penerbitan UKM

Penulis: Ding Choo Ming

Mukasurat: 84 mukasurat

Tahun terbitan: 2016

Bahasa: Bahasa Malaysia


Kebanyakan manuskrip Melayu, terutamanya yang diberikan judul sebagai sejarah dan hikayat boleh dipandang semacam bunga rampai. Dalam teks yang kaya dengan isi itu boleh didapati panduan, nasihat, hiburan, pendidikan, sejarah, politik, hubungan antarabangsa, perubatan, sains, teknologi dan banyak lagi maklumat dan ilmu. 


Kepelbagaian subjek itu ada kalanya kelihatan seperti serpihan dan gelandangan maklumat dan ilmu yang terapung-apung di semudera yang luas, tetapi sudah dikarang dengan sebegitu mahir oleh pengarang yang berkebolehan dan berpengetahuan luas sehinggakan teks-teks itu boleh dirujuk sebagai gudang maklumat dan ilmu tentang kebijaksanaan, sejarah, budaya dan pandangan dunia peribumi Melayu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789679428827
  • Availability: In Stock
  • RM20.00