ANOMALI by Syafiq Aizat

ANOMALI by Syafiq Aizat


Ini kisah tiga orang manusia;

Seorang boleh baca fikiran.

Seorang pernah menewaskan Krampus.

Dan seorang lagi pernah berdepan dengan beberapa entiti dari alam lain.

Mereka, dan beberapa orang lain harus bersatu untuk menyiasat satu kejadian anomali, yang lebih aneh daripada kejadian-kejadian yang pernah mereka hadapi sebelum ini: kemunculan sejenis entiti yang boleh mengawal dan menjatuhkan hukuman kepada manusia, dan mengaku dirinya sebagai Tuhan.

Sekali lagi Fa’iq kena selamatkan orang, Dani perlu menyiasat, dan Iskandar harus berhadapan dengan entiti baru.

Namun… Adakah ‘sekali lagi’ itu akan menjadi kali terakhir buat mereka?



Syafiq Aizat dalam bahasa basahannya, ‘Sapit’, lahir di Johor, dan membesar di bandar Kuantan, Pahang. Penyebar ideologi aneh di Twitter (@yo_sapit). Manusia biasa yang konon merasakan dirinya hidup dalam persekitaran luar biasa, setiap masa percaya segala yang ada cuma pinjaman dari Yang Maha Esa untuk dimanfaatkan bersama dan akan ditanya pada hari perhitungan nanti. Yakin bawahawa walau berapa besar pun angka pada umurnya, dia akan sentiasa menjadi ‘anak kecil’ emak.

Format
Author Syafiq Aizat
Cover Paperback
Published 2019

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Fixi
  • Product Code: 9789672128939
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
  • RM19.90

Tags: ANOMALI, Buku Fixi, Fixi, Syafiq Aizat