Aku Bukan Kafir By Wan Ji Bakistani

Aku Bukan Kafir By Wan Ji Bakistani
Author: Wan Ji Bakistani
New Pb107 pp.
Subject: Religion
Condition: Good
Publisher: Merpati Jingga
Published: 2016
Berfikir boleh membina tamadun. Namun, amat ramai anggap berfikir boleh membawa kepada kekufuran.

Dalam al-Quran, tiada satu nas pun yang melarang manusia berfikir. Larangan dalam nas agar tidak ikut hawa nafsu amat banyak.

Dalam al-Quran juga amat banyak seruan agar manusia berfikir. Malahan, ditonjolkan dalam ayat ke 10 dari Surah al-Mulk bahawa Ahli neraka mengeluh ekoran semasa di dunia mereka tidak manfaatkan akal sebaik mungkin.

Kerosakan di dunia berlaku apabila manusia ikut hawa nafsu. Tahir Ibn Asyur kata, dengan akal manusia dapat hindari kerosakan di dunia dan di akhirat.

Berfikir itu bagus, jika dibandingkan dengan manusia yang tidak mahu berfikir. Namun, lebih bagus jika manusia bukan sekadar berfikir secara re aktif, tetapi berfikir secara pro aktif sama.

Berfikir secara re aktif sekadar mahu mengetahui sesuatu itu boleh atau tidak boleh. Implikasi dari berfikir reaktif, bertindak pada perkara yang telah dinilai sebagai boleh, dan tidak dilakukan pada perkara yang telah dinilai sebagai tidak boleh.

Keadaan ini berbeda dengan berfikir secara pro aktif. Iaitu berfikir untuk mencuba terlebih dahulu, dan tidak takut melakukan kesalahan yang kemungkinan terjadi.

Golongan kritis berfikir secara reaktif, sedangkan golongan kreatif berfikir secara proaktif.

Kemajuan di dunia terbantut jika sekadar kritis. Dengan kreatif, kemajuan boleh terbina.

Buku ini hadir untuk menggerakkan akal manusia dalam dua perkara ini. Menjadi kritis demi elak sebarang kemungkinan buruk berlaku, menjadi kreatif demi mencipta kemajuan dalam dunia. Lebih jauh lagi mahu menjelaskan bahawa tidak menjadi kufur kepada manusia yang berfikir.

wallahu 'Alam.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Merpati Jingga
  • Product Code: 9789670584270 – Aku Bukan Kafir
  • Availability: In Stock
  • RM25.00

Tags: Religion, Wan Ji Bakistani