BIOGRAFI AMINUDDIN BAKI : ARKITEK PENDIDIKAN NEGARA

BIOGRAFI AMINUDDIN BAKI : ARKITEK PENDIDIKAN NEGARA

Aminudin bin Baki adalah seorang insan yang cukup istimewa dalam kalangan warga pendidik di Malaysia. Beliau meninggal dunia lebih 40 tahun lamanya tetapi jiwa pendidik yang dimiliki oleh Aminuddin Baki dikatakan telah mengalir secara berterusan kepada guru-guru di negara ini. Ketokohan dan kegigihan Aminuddin Baki dalam memperjuangkan nasib pelajar pelajar Melayu dari segi pelajaran dan meningkatkan martabat bangsa melayu sendiri amat dikagumi.Aminuddin adalah tokoh yang terkenal dengan perjuangannya dalam pertubuhan GPMS malah beliau tidak boleh dipisahkan dengan GPMS. Perjuangan beliau di anggap sebagai ‘vanguard’ iaitu pelopor dalam membangkitkan semangat perjuangan anak-anak Melayu dalam bidang pelajaran.

Niat murni Aminuddin Baki telah melahirkan satu semangat yang tinggi kepada pelajar-pelajar Melayu untuk berjaya dan meningkatkan status bangsa Melayu. Bagi golongan pendidik, Aminuddin Baki di anggap sebagai Bapa Permodenan Pelajaran kerana cetusan idea-idea beliau yang telah menyumbang sehingga merintis kepada lahirnya ‘Dasar Pelajaran Kebangsaan’ di Malaysia. Sebagai seorang pendidik dan Pentadbir, Aminuddin telah banyak berjasa kepada bangsa dan negara terutamanya kepada bangsa Melayu.Tidak salah jikalau beliau diiktiraf sebagai ‘Arkitek Pendidikan Negara’ bagi mengenang segala sumbangan yang pernah dilakukan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789679428490
  • Availability: In Stock
  • RM35.00

Tags: MEMOIR HAMZAH HUSSIN : DARI KERIS FILEM KE STUDIO MERDEKA, MEMOIR KHATIJAH SIDEK: PUTERI KESATERIA BANGSA