Bersama Yusuf Islam

Bersama Yusuf Islam

Tajuk: Bersama Yusuf Islam

Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor

Publisher: Fudzail Publication

Harga: RM24

ISBN: 9789672680901

Size: 20.2x12.3x1

Hari itu hari seperti biasa di Dubai Internet City, saya orang pertama di pejabat. Saya menghabiskan kerja sebelum orang lain tiba pada pukul lapan. Selesai kerja saya termenung sekejap. Duduk di tingkat satu menghadap ke bawah. Pejabat saya kubikal. Tingkat bawah adalah terbuka dan boleh nampak dari atas. Saya duduk melihat tingkat bawah yang kosong. Saya membaca akhbar yang baru tiba.

Tiba-tiba ada seorang masuk. Saya melihat lelaki itu yang seolah hilang punca. Dia melihat sekeliling. Mencari-cari. Tiada sesiapa mahu melayon. Saya pun turun melalui lif. Saya jadi terkejut melihat lelaki itu. Benarkah? Saya melihat hanya gambar-gambar.

Mukanya seolah-olah orang yang sama. "Are you Cat Stevens?" Lelaki itu tersenyum. Memandang saya. Senyumannya manis. "I guess so!" 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • RM24.00

Tags: memoir, malay, Fudzail