Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara

Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara
Penulis: Syed Husin Ali
Subjek: Malaysia, Memoir, Politik
Keadaan: Bagus
Penerbit: SIRD
Tahun: 2008
176 muka surat


Dua Wajah ialah catitan pengalaman Syed Husin yang ditahan hampir enam tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Beliau ditahan berikutan demonstrasi pelajar yang menyokong petani-petani Baling dan membantah kemiskinan serta kenaikan harga barang pada tahun 1974.




Selepas di tahan hampir dua tahun di Kamunting, beliau dikurung secara berseorangan selama enam bulan ditempat yang tidak diketahui di Kuala Lumpur. Semasa itu, beliau disoal-siasat dan dikenakan berbagai-bagai penyeksaan serta deraan.




Beliau cuba dibabitkan dengan beberapa orang tokoh politik serta wartawan yang telah ditahan atas tuduhan terlibat dengan apa yang didakwa sebagai "konspirasi komunis" di Singapura and Malaysia. Yang menarik perhatian ialah percubaan untuk membabitkan juga beberapa orang pemimpin kanan UMNO ketika itu, termasuk Dr Mahathir.




Dua Wajah menarik kerana pengalaman peribadi dikaitkan dengan beberapa latar belakang sosial dan politik pada masa itu.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789833782581 – Dua Wajah: Tahanan Tanpa Bicara
  • Availability: In Stock
  • RM20.00

Tags: Malaysia, SIRD, Syed Husin Ali