Bibliografi Pantun Peranakan Baba Negari Selat: Khazanah Sastera Yang Tersembunyi
Penerbit: Centre For Malaysian Chinese Studies
Penulis: Ding Chong Ming
Mukasurat: 705 mukasurat
Tahun terbitan: 2019
Bahasa: Bahasa Malaysia
Dalam pandangan popular pelancongan di Malaysia komuniti Baba sebahagian besar yang diperaga dan ditonjolkan dari segi warisan ialah masakan-masakan, pakaian, ukiran dan perabot kayu, dan peralatan ritual. Orang ramai tidak tahu adalah warisan dan pustaka kesusasteraan Baba yang cukup kaya, indah, menampil pengertian mendalam, melakar pelbagai simbolisme hidup dan indah serta mencabar dan kemudiannya pula pantun-pantun ini dinyanyikan dalam Dondang Sayang.
Karya Prof Ding yang dihasilkan ini adalah ibarat sebutir bintang yang terang benderang cahayanya di cakerawala warisan kesusasteraan berbahasa Melayu, khususnya yang diwarisi komuniti Baba di Malaysia.
Semua peminat bahasa dan puisi bahasa Melayu akan memperoleh pengetahuan baru dan segar mengenai sumbangan Baba dan sastera arus perdana kebangsaan. (Professor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Universiti Kebangsaan Malaysia)