For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir

Out Of Stock Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir

Penerbit: Penerbitan UKM 

Penulis: Mohd Zamberi Abdul Malek

Mukasurat: 456 mukasurat

Tahun terbitan: 2020

Bahasa: Bahasa Malaysia


Keunggulan sistem pemerintahan beraja Melayu Patani, wujud sejak ribuan tahun yang lampau hasil kesinambungan dari rentetan wujudnya kerajaan Melayu Hindu-Buddha negara-kota Langkasuka. Penerbitan buku yang mengandungi emapat bab ini membekalkan pelbagai maklumat tentang Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen iaitu Raja Patani yang terakhir. Secara keseluruhannya, buku ini memaparkan tentang kerajaan Melayu Patani, bagaimana terhapusnya kerajaan Patani, struktur pemerintahan Patani yang merangkumi Raja Patani yang terakhir dan perjuangan untuk membebaskan Patani. Banyak rakaman sejarah yang ada kaitan dengan suasana sosiopolitik Negeri-negeri Melayu Utara Semenanjung yang ketika itu berada di bawah naugan Siam menjelang akhir abad ke-19 turut diabadikan oleh pengarang. Turut dimuatkan adalah tentang kisah peribadian detik paling bermakna dari semasa ke semasa, rentetan episode yang membawa kepada kejatuhan sebuah negeri Melayu yang sudah dilupakan insiden sejarahnya. Kehidupan pahit getir yang ditempuhi serta dilalui oleh Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen yang juga lebih mesra dipanggil sebagai Raja Phrak Phipit ini wajar diketahui jalan cerita kehidupannya. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Stock Status

You can assign custom blocks with custom messages on Out of Stock products only.

  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789674125233
  • Availability: Out Of Stock
  • RM70.00