Due to Malaysia's restricted movement order, we may take some time to process your purchase. Thanks for your support! ♥️

APAKAH REFORMASI 98 MASIH RELEVAN?: SATU ANALISIS SOSIAL EKONOMI

Posted by Abdullah 17/07/2019 0 Comment(s) News,

Pada 23 Mei 2019 yang lalu, Gerakbudaya telah menganjurkan acara Mimbar Gerakbudaya dan telah menyentuh perbincangan mengenai Reformasi 1998 yang digelombangkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada ketika itu dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

 

Apakah Reformasi 98 Masih Relevan: Satu Analisis Ekonomi menjadi topik pembukaan oleh pembentang utama, Prof. Abdul Halim Ali. Bagi beliau, gerakan Reformasi yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim adalah gerakan politik yang kecewa dengan parti politik biasa. Mereka ingin mengembalikan kuasa politik kepada rakyat. Mahathir pada era itu dilihat sebagai seorang Perdana Menteri yang diktator. 

 

 

Tambah beliau lagi, gerakan reformasi yang berlaku pada 1998 itu tidak mungkin sempurna tanpa adanya bantuan dari blok parti politik pembangkan dan ngo-ngo Islam yang pada ketika itu menyokong penuh seruan Anwar Ibrahim. ABIM dan PAS yang pada ketika itu dipimpim Fadhil Nor serta para anggota ABIM yang menyertai UMNO sebelum itu memacu gerakan reformasi dibelakang Anwar Ibrahim.

 

Berbeza dengan Prof. Jomo Kwame Sundaram, ahli ekonomi negara, baginya gerakan reformasi 1998 bukanlah sesuatu yang begitu penting untuk dikenang sebagai sebuah sejarah yang besar. “Dari segi sejarah pentingnya 98 itu, tidak seberapa dengan apa yang didakwa. Kalau kita lihat apa yang berlaku kemudian, mungkin sukar untuk kita bandingkan semua ini.” katanya ketika turut hadir sama di dalam acara Mimbar Gerakbudaya pada malam itu.

 

 

 

Jomo juga turut bersetuju bahawa ABIM di Malaysia memainkan peranan yang besar dalam membawa ahli-ahli mereka untuk turun berjuang dan melaungkan slogan-slogan yang melawan kerajaan pada ketika itu. Baginya, semangat dari Ikhwan Muslim dan Maududi juga menjadi inspirasi utama kepada ahli-ahli ABIM pada ketika itu. 

 

Selain itu, persoalan Reformasi 98 masih releven atau tidak juga menjadi tumpuan utama juga. Rata-rata bersetuju buat masa ini Reformasi tidak boleh ditiru seperti pada tahun 1998. Jika ada ia perlu wujud dengan semangat yang terkini. Bukan lagi menjadikan Anwar Ibrahim sebagai batu loncatan semangat juang.

 

“Keberhasilan upaya gerakan Reformasi 1998 sebagai kuasa gerakan massa pada ketika itu jelas dan signifikan, malah historic.” Kata Prof. Halim.  

 

Tambah beliau lagi, para mahasiswa, anggota perkhidmatan awam, kelas proletar melayu generasi kedua menyertai atau sekurang-kurangnya menjadi simpatisan. Keberjayaannya tiada tandingannya dalam sejarah protes sosial tanah air. Dampak sosialnya, sekalipun terjadi dalam konteks populisme, signifikan. Ia menunjukkan potensi golongan B40 menjadi gerakan massa pada era kini dan mendatang

Write a Comment