Due to Malaysia's restricted movement order, we may take some time to process your purchase. Thanks for your support! ♥️

Mimbar Gerakbudaya: Apakah Reformasi Sudah Mati?

Posted by Abdullah 25/09/2019 0 Comment(s) Event,

 

Dari 1998 hingga kini, sudah 20 tahun Pergerakan Reformasi. Arena politik masyarakat kita sudah banyak berubah dalam 20 tahun ini: dari perjuangan di jalan raya hingga satu demi satu pilihanraya akhirnya tertubuhnya kerajan Pakatan Harapan.

 

Rejim Mahathir lama iaitu Barisan Nasional sudah ditumbangkan tetapi Mahathir masih diangkat menjadi Perdana Menteri dan masih menerajui kerajaan Malaysia. Orang-orang muda berjuang di jalan raya dua puluh tahun dahulu sekarang sebahagian mereka sudah masuh ke kabinet, dewan parlimen, menjadi adun dan jabatan-jabatan kerajaan.

 

Apakah semua ini bererti reformasi sudah berjaya?

 

Perubahan masyarakat sudah disempurnakan?

 

Perubahan insan sudah diselesaikan?

 

Atau sebaliknya, reformasi perlu diteruskan.

 

Tetapi ada yang beranggapan, reformasi sudah mati kerana semangat reformasi sudah hilang dan Anwar Ibrahim masih merayau-rayau di jalan raya dari kota ke kota.

 

Mimbar Gerakbudaya pada kali ini akan bersama Senator Yusmadi. Beliau akan memberikan pandangannya dan beritahu kita- Sdr Anwar Ibrahim akan ke mana.

 

Daftar di sini: http://bit.ly/MimbarGerakbudayaYusmadi