Due to Malaysia's restricted movement order, we may take some time to process your purchase. Thanks for your support! ♥️

“Saya tidak senang dengan adat untuk menyembah seorang manusia” - Fadiah Nadwa jelaskan pendiriannya terhadap adat Raja-Raja Melayu.

Posted by Huda Naim 27/08/2019 0 Comment(s) News,

“Saya tidak senang dengan adat untuk menyembah seorang manusia” - Fadiah Nadwa jelaskan pendiriannya terhadap adat Raja-Raja Melayu.

 

PETALING JAYA: Fadiah Nadwa, seorang peguam dan aktivis Hak Asasi Manusia berkata “Saya tidak senang dengan adat untuk menyembah seorang manusia. Ini adalah sesuatu yang menentang kepercayaan dan agama kita. Islam adalah agama demokratik. Dan tidak ada sesuatu institusi yang boleh mendominasi.”

 

Beliau berkata demikian di dalam satu forum Mimbar Gerakbudaya yang bertajuk “Merenung kembali sistem monarki Malaysia dan Tumpuan kepada buku Raja-Raja Melayu tulisan Syed Husin Ali” yang berlangsung pada ahad lalu. Mengulas mengenai sistem monarki dan sistem parlimen yang demokratik di Malaysia, Fadiah menambah, “Bila rakyat tidak mendapat ruang bersuara dan tidak dapat menyatakan pandangan, ini bukanlah demokrasi yang tulen.”

 

Selain beliau, Abdul Halim Ali yang merupakan bekas pensyarah sosiologi di Universiti Kebangsaan Malaysia juga antara yang dijemput menjadi ahli panel di dalam forum tersebut. Manakala Imran Rasid, dari Imagined Malaysia sebuah organisasi yang memberi fokus terhadap isu-isu sejarah menjadi moderator untuk acara forum itu.

 

Tambahnya lagi, “Kita perlu persoalkan institusi Raja yang ada sekarang. Mereka sangat berkuasa walaupun diluar kerangka undang-undang dan parlimen. Kita lihat contoh ICERD dan Statute Rome, sehingga kita tidak dapat untuk menandatangani  perjanjian ini.”

 

Fadiah ketika memulakan ucapannya di dalam forum tersebut memetik sebuah sajak dari Sasterawan Negara Usman Awang yang berjudul “Anjing itu”, untuk memberi gambaran kepada semua peserta yang hadir ke acara tersebut bagaimana hubungan antara rakyat dan kekuasaan (pemerintah). Sajak ini ditulis pada 1950 dan diterbitkan di dalam Utusan Zaman.

 

Anjing itu kurus kelabu

Lidah terjelir nafas termengah-mengah

Menjaga istana tuannya yang gemuk

Patuh setia, menerima dan menyerah

 

Anjing itu, sering menyalak-nyalak selalunya mendayu-dayu

Bukan kerana ada musuh

Tetapi minta makanan, perutnya lapar

Tuannya hanya mencampakkan cebis-cebis roti kering.

 

Anjing itu, tidak dibebaskan

Lehernya dirantai, punca digenggaman tuannya.

 

Anjing itu, bila perlu, diperah

Bagi menjaga keselamatan tuannya

Menjadi binatang lindungan desakan luar

Dan himpitan dalam


 

Begitu rupa nasib, anjing itu

Kurus kering, dalam semuanya tak cukupan

Hanya menanti rahim tuannya

Cebis-cebis roti kering

Dan tulang-tulang tak berdaging

Itulah jadi makanan, dan hidup jadi

Alat kesenangan manusia jahat memperhambakannya.

 

Siapa anjing

Hanya binatang setia

Write a Comment