Borneo Yang Mistik: Kadayan
Penulis: Amde Sidik
Muka Surat: 218
Penerbit: Borneo Books Publishers
Tahun: 2009
‘Borneo Yang Mistik: Kadayan’ merupakan anekdot etnik Kadayan. Etnik yang bertaut akrab dan hidup bergandingan dengan etnik-etnik lain di darat mahupun di pedalaman Borneo. Amat sedikit yang kita tahu tentang sejarahnya tetapi pemerhati yang lebih awal telah mengatakan mereka merupakan orang yang sama ditemui di bandar dan merupakan tempat sandaran pergantungan kerajaan.
“… selama lebih empat abad … rajin, berkebolehan, dan petani-petani tanah pamah pesisir pantai yang cintakan keamanan …” —Tom Harrison
“… sebaik sahaja orang Kadayan menyekat bekalan makanan, mengancam untuk menyerang Bandar, balu sultan telah membebaskan banduan-banduan.” —St John Spencer, 1863
Amde menyimpulkan bahawa asal-usul orang-orang ini adalah sama tanpa mengira betapa bangsawannya mereka sekarang atau betapa hambanya mereka beratus tahun lampau.
Kadayan adalah merupakan etnik yang memukau penuh misteri selama berabad-abad, carilah mana-mana bomoh di Borneo … bomoh yang berkesan sama ada lelaki atau wanita harus merupakan orang Kadayan.
Walaupun tampak penyegan, merendah diri, atau juga berang pada masa-masanya, mereka inilah yang telah membantu kelangsungan Kerajaan Brunei hingga ke hari ini…
“Tugas yang amat penting demi kekayaan pengetahuan kita ke atas sejarah tempatan di Borneo Malaysia.” —Profesor Dr Danny Wong, Ahli Sejarah