If you choose self-pickup, we will email you when your order is ready. We usually take 2 to 3 days to process your order. Thank you! ♥️

Siti Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang Utara

-30% Siti Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang Utara
Penulis: Mohamed Salleh Lamry
Subjek: Sejarah, Malaysia
Keadaan: Bagus
Penerbit: SIRD
Tahun: 2011
177 muka surat
Perjuangan kemerdekaan di luar arus perdana, yang diwakili oleh golongan nasionalis kiri, bukan saja melahirkan wira yang gagah berani  seperti Rashid Maidin, Abdullah C.D, Musa Ahmad, Wahi Anuar, Ibrahim Chik dan Abu Samah Mohd. Amin, tetapi juga srikandi yang cekal dan gigih seperti Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, Zainab Mahmud dan Siti Norkiah Mahmud. Berbanding dengan adiknya Zainab Mahmud, Siti Norkiah Mahmud mungkin kurang dikenali. Akan tetapi, perjuangan Siti Norkiah tidak kurang hebatnya. Bermula sebagai Ketua AWAS Pahang (1946-1948). Siti Norkiah yang berasal dari Pahang Utara kemudian bergerila di Pahang selama kira-kira 5 tahun (1948-1953) sebelum menyertai perjalanan jauh ke sempadan Malaysia-Thailand mulai awal 1953 hingga akhir 1954. Di selatan Thailand, selama kira-kira 35 tahun (1954-1989) antara lain, dia pernah bekerja menyusun massa selama bertahun-tahun, selain pernah mengikuti Pasukan Penggempur mara ke selatan (ke Kelantan). Dia menghabiskan hampir separuh daripada umurnya di medan perjuangan, dan hanya berhenti berjuang setelah termeterainya Perjanjian Perdamaian antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand pada tahun 1989. Dia berjuang dan bertarung nyawa untuk kemerdekaan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Akan tetapi, dia merasa bangga kerana telah ikut memberi sumbangan dalam perjuangan kemerdekaan. Kisah hidup dan  perjuangan Siti Norkiah, dari muda hingga ke tua, dibentangkan dalam buku ini, dengan harapan perjuangan dan jasanya akan difahami,  dihargai dan diberi pengiktirafan.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789675832109 – Siti Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM20.00
  • RM14.00

Tags: Malaysia, Mohamed Salleh Lamry