Dinar Emas: Sejarah dan Aplikasi Semasa

Dinar Emas: Sejarah dan Aplikasi Semasa

Penerbit: Penerbitan UKM

Mukasurat: 257 mukasurat

Tahun terbitan: 2012

Bahasa: Bahasa Malaysia


Buku ini membincangkan keistimewaan dinar emas dan cadangan pengaplikasiannya sebagai mata wang. Kupasan sejarah dinar emas bermula zaman sebelum kedatangan Islam sehingga zaman pemerintahan Islam dibincangkan pada awal bab buku ini sebagai bukti keagungan penggunaan mata wang dinar wang emas pada suatu ketika dahulu. Selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924, dinar emas tidak lagi digunakan sebagai mata wang kerana sistem monetari dunia beralih kepada sistem wang fiat. 


Sejarah dan teori wang fiat dibincangkan bagi menjelaskan sebab-sebab penghapusan penggunaan mata wang berasaskan emas. Muslihat dan implikasi wang fiat terhadap sistem monetari hari ini adalah punca berlakunya krisis dan ketidakstabilan sistem monetari dunia. Buku ini turut membincangkan hukum wang fiat dan kedudukan mata wang dinar emas dalam Islam sebagai panduan kepada masyarakat Islam khasnya untuk memlih penggunaan mata wang yang bersesuaian dengan kehendakan syarak.


Namun, dalam merealisasikan semula penggunaan dinar emas dalam ekonomi semasa terdapat pelbagai kekangan dan cabaran yang memungkinkan kesukaran pelaksanaannya. Buku ini turut mengupas beberapa mata wang alternatif yang mungkin boleh dilaksanakan sebagai mata wang masa hadapan. Perbincangan buku ini yang menjurus kepada sejarah dan aplikasi dinar emas dipersembahkan dalam bentuk bacaan ringan yang boleh difahami oleh semua lapisan pembaca dan bermanfaat sama ada bagi golongan professional, pengajar, pelajar mahupun orang awam. 


Bagi sesiapa yang meminati dan ingin mendalami mata wang Islam, dinar emas dan sistem monetari berasaskan emas amat disyorkan untuk memiliki dan membaca buku ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789674120146
  • Availability: In Stock
  • RM40.00