Einstein di Malaya | Roslan Abd. Shukor

Einstein di Malaya | Roslan Abd. Shukor

Penerbit: Penerbitan UKM 

Penulis: Roslan Abd. Shukor

Mukasurat: 162 mukasurat

Tahun terbitan: 2020

Bahasa: Bahasa Malaysia


Buku ini menceritakan catatan Albert Einstein dalam diarinya ketika singgah di Malaya semasa pelayaran beliau dari Eropah ke Jepun. Einstein dan isterinya Elsa membuat perjalanan dari Eropah ke Jepun pada 7 Oktober 1922 hingga 21 Mac 1923. Semasa pelayaran pergi, antara tempat yang disinggahi beliau ialah Singapura. Dalam perjalanan pulang pula beliau singgah di Malaya, termasuk sekali lagi di Singapura, serta di Melaka dan Pulau Pinang pada awal Januari 1923. Pemerhatian beliau semasa singgah di Malaya diceritakan dalam buku ini. Menurut Einstein: 
“Bot-bot kecil, rumah-rumah dan orang-orang sungguh bergaya” – Einstein di Pulau Pinang, 1923. 
“Menemui sehelai rambut tebal di dalam sup elektrik saya pada waktu menjelang petang. Sayang sekali.” – Einstein di Melaka, 1923. 
Buku ini juga berdasarkan pengalaman penulis semasa bercuti sabatikal di Jabatan Fizik, Princeton University, Amerika Syarikat. Di Princeton juga terletaknya kediaman Einstein yang masih dipelihara sehingga hari ini, selain Institute for Advanced Study tempat Einstein memikirkan teorinya. 

ROSLAN ABD SHUKOR, PhD, FMASS, FMSA, FASC, FInstP (UK), ialah Profesor di Jabatan Fizik Gunaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau mendapat ijazah PhD daripada University of Arkansas, Amerika Syarikat. Bidang penyelidikan beliau ialah superkonduktor suhu tinggi. Beliau telah menyampaikan kuliah dalam bidang fizik kuantum dan statistik kuantum yang membincangkan teori Einstein sejak dari tahun 1985. Beliau pernah memenangi Anugerah Saintis Muda Negara dan Anugerah S&T Toray Foundation (MTSF). Beliau juga merupakan felo Institut Fizik United Kingdom dan felo pelawat di Jabatan Fizik, Princeton University, Amerika Syarikat.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789672510178
  • Availability: In Stock
  • RM40.00