Fajar Arabia: Himpunan Artikel Terpilih Majalah-I Karangkraf 2014-2016
Tajuk: Fajar Arabia: Himpunan Artikel Terpilih Majalah-I
Karangkraf 2014-2016
Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor
Publisher: Fudzail Publication
Harga: RM23
ISBN: 9789672674955
Size: 20.2x12.3x1
Bagi mereka yang pernah bekerja dan bermastautin di Arab
Saudi tentu dapat memahami keadaan sebenar di sebuah negara yang menjadi tumpuan
umat lslam kerana Makkah dan Madinah, dua kota suci Islam terletak di negara
gurun semenanjung Arab ini.
Kebetulan, saya sempat bekerja di Riyadh dalam
tahun 2000 dan mempunyai pengalaman tersendiri mengenai Arab Saudi sebagai
ekspatriat. Banyak perkara yang di luar jangkauan dan perspektif yang saya
pelajari. Semuanya seperti mana yang pernah diceritakan oleh arwah ayah, bahawa
kalau tiada Makkah dan Madinah di Arab Saudi, tiada siapa yang mahu berkunjung.