Genta Telah Berbunyi : Masa Untuk Generasi Baru

Genta Telah Berbunyi : Masa Untuk Generasi Baru

Penulis: raja ahmad aminullah

ISBN: 9789672464457

Penerbit: SIRD

Tahun: 2022

Beli di Shopee.

Teriakan ‘muak’, ‘mual’, ‘jemu’, ‘bosan’, ‘fed up’ kian berkumandang. Apakah yang menyebabkan kita kini sering mendengar kata-kata itu diucapkan? Apakah yang telah berlaku sehingga membawa kita ke keadaan sedemikian? Apakah yang telah berubah dalam susun atur masyarakat kita? Apabila seseorang itu berhadapan kekuasaan yang mereka tidak fahami, apa lagi mengawalnya, mereka menjadi pesimistis, sinis, kecenderungan untuk tidak percayakan kebaikan. Sekiranya ancaman tidak terelakkan dan tiada pula penyudahannya, maka dia sekadar menghukum: ‘menjengkelkan’, ‘pecah amanah’, ‘penyelewengan’, ‘pengkhianatan’. 'Genta Telah Berbunyi' menunjukkan pentingnya mengenali kelemahan kita dan seterusnya berusaha untuk melakukan revolusi pemikiran demi menjayakan kewujudan masyarakat yang hasanah, adil dan saksama. Masanya belum terlambat, tapi tindakan segera harus diambil sekiranya ingin didirikan visi masyarakat dan bangsa yang progresif oleh generasi baharu. Jawapannya terserah kepada kita. Tepuk dada tanya selera, berpaksikan keimanan kita.


raja ahmad aminullah adalah seorang penyair, penulis dan budayawan. Antara buku-bukunya termasuk:
'Menyarung Jiwa'
'Nuansa Nusantara'
'Ketawalah, Tanahairku: Sajak-Sajak Resistencia'
'Minda Tertawan - Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa'
'Percakapan dengan raja ahmad aminullah: Kesetiaan Pada Idea'

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789672464457
  • Availability: In Stock
  • RM25.00

Tags: Sosial, Politik, Kuasa