Gila Muzik by Meor (Merpati Jingga)
Click Image for Gallery
Gila Muzik paparkan perjalanan hidup Meor yang mahu karya-karyanya bebas dikongsi dengan orang ramai. Lahir pada tahun 1967, Meor menceritakan kisah hidupnya sehinggalah usia menjangkau 47 tahun (2014).
Hidup kais pagi makan pagi, sehingggalah beliau mendapat tawaran menjadi artis rakaman tetapi peluang tersebut akhirnya ditolak. Apa yang menyayat hati bagi seorang bapa ialah membesarkan seorang anak yang berpenyakit autisme.
Pernah hidup melarat di kota, namu Meor mempunyai isteri yang amat setia dan sentiasa berada di sampingnya. Keluarga menjadi tunjang hingga ke tahap beliau berada sekarang.
Kata Meor, "Hiduplah di bumi yang nyata."