For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Hadis Dari Anarkis | Ayam Fared

Hadis Dari Anarkis | Ayam Fared

Kumpulan sajak dan catatan kali ini mengumpulkan penulisannya selama 10 tahun (2011-2021), adalah kesinambungan terhadap perjalanan hidupnya sendiri yang ternyata belum mau berhenti. Bilangan sajak dan catatannya lebih banyak berbanding kedua-dua bukunya yang pernah diterbitkan sebelum ini, sesuai dengan durasi pertapaannya yang lebih lama sebelum memilih untuk kembali membenarkan penulisannya diterbitkan lagi.

 

Kandungan sajak dan catatan dalam buku ini, melangkaui pelbagai tema dan persoalan yang berkisar dalam kerangka realiti B40 penulis sendiri. Dari kemarahan ke percintaan, dari kekecewaan ke kematian, dari politik ke realistik, dari bumi ke galaksi. Segalanya cumalah refleksi diri penulis terhadap kenyataan hidup yang dialaminya sendiri dalam konteks dan momen yang berbeza, mencuba untuk menyalurkan rasa dan gangguan jiwa yang tak mampu dijawabnya, ke arah sesuatu yang lebih sihat dan bermakna (harapnya), daripada mengamuk atau mencederakan siapa-siapa.

 

Sajak-sajaknya bersifat peribadi, mencuba mencari kesedaran sebelum mimpi. Niatnya ditulis untuk memperbaiki diri, bukan untuk dijual beli. Tapi bila dah jadi begini, maka benarlah kata-kata orang bijak yang wujud sebelum ini; apa yang terjadi telah terjadi, masa depan tetaplah misteri. Semoga ada yang membeli, semoga ia membawa erti.


Format: Softcover
Halaman: 147
ISBN: 9789670584393
Penerbit: Indie Book Corner
Penulis: Ayam Fared
Tahun terbit: 2021

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM30.00

Tags: Puisi, Sastera, Budaya