For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Penghantaran Manuskrip



Gerakbudaya dan SIRD sentiasa mencari judul buku intelektual dan progresif yang mengulas dan memperdalamkan wacana sosiologi, sejarah dan politik nasional dan serantau.


Kami mencari:

  • Karya bukan fiksyen dan fiksyen yang melawan arus dan menceritakan kisah golongan yang terpinggir, dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris


Kami TIDAK mencari:

  • Kompilasi rencana surat khabar, kecuali jika telah diubahsuai ke format buku
  • Tesis akademik, kecuali jika telah diubahsuai ke format buku
  • Buku-buku yang tidak menepati misi kami, cth., berkenaan perniagaan, harta tanah, pengurusan kendiri, dll.


Jika anda berminat untuk menerbitkan karya anda dengan kami, sila ikuti langkah berikut:

  • Rujuk katalog buku Gerakbudaya dan SIRD untuk ketahui jenis buku yang kami terbitkan.
  • Tulis satu KERTAS CADANGAN RINGKAS (dalam format Word) yang mengandungi sinopsis buku, serta huraian perbezaan dengan judul yang sedia ada di pasaran, kelayakan anda untuk menghasilkan manuskrip ini, dan idea promosi, jika ada.
  • Sila hantar kertas cadangan ini ke penerbitan@gerakbudaya.com
  • Jika pihak kami berminat dengan cadangan anda, kami akan menghubungi anda untuk menghantar mansukrip penuh. 


Sila maklum bahawa kami menerima banyak manuskrip dan mungkin tidak sempat membalas emel anda jika manuskrip anda tidak menepati piawaian. Semoga berjaya!