For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Hikayat Merong Mahawangsa : Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa

Hikayat Merong Mahawangsa : Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa

Penerbit: Intisari

Penulis: Hendrik M.J. Maier

Penterjemah: Ruhan Shahrir, Ahmad Tajuddin

Muka Surat: 353

Tahun: 2021


'Hikayat Merong Mahawangsa : Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa' adalah suatu kajian klasik ke atas Hikayat Merong Mahawangsa, karya agung dalam sejarah alam Melayu. Hendrik Maier bukan sekadar membaca teks semata-mata tetapi beliau turut menelusuri sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dengan menampilkan konteks sosial dan politik serta pergelutan pemikiran yang ditempuh oleh bangsa Melayu ketika dua kekuatan luar yang diwakili oleh Islam dan Barat menerobos masuk dengan lebih gencar ke alam Melayu tatkala teks warisan tradisi itu ditemui. Pergelutan pemikiran Melayu tradisional yang berhadapan dengan dua idea asing yang besar dan berpengaruh serta bagaimana elit bangsawan Melayu berunding dengan kedua-dua tenaga dan pemikiran ini menjadi latar dan juga intisari yang cukup penting dalam analisis Maier terhadap teks kesusasteraan Istana.

Tatkala kebanyakan pengkaji lain menumpukan bacaan mereka ke atas Hikayat Merong Mahawangsa dengan menelusuri tema-tema lazim pengajian grafisejarah, Maier membacanya selangkah ke hadapan. Beliau membaca dengan intim teks warisan tradisi Melayu itu, menggunakan pendekatan Barthian. Pendekatan ini mempercayai bahawa sesebuah teks itu terbentuk daripada cebisan-cebisan tisu yang dikutip menerusi pelbagai teks-teks lain, yang pada gilirannya turut mengutip daripada teks-teks lain juga. Justeru sebuah karya adalah bayang-bayang intertekstual daripada karya-karya lain yang dimanfaatkannya. Ini merupakan amalan budaya intertekstual yang dikenali dalam budaya kesusasteraan Melayu (dan budaya kesusasteraan lain juga) kerana ia adalah bahagian daripada lautan amalan yang luas yang berkongsi airnya dengan mereka yang tinggal di tubir-tubirnya. Keadaan ini berlaku kerana sifat lisan-dengar yang mencirikan budaya persuratan dalam kesusasteraan Melayu tradisional, tatkala pengarang-pengarang abad ke-19 bergantung kepadanya untuk “pembinaan dan pemaknaan” karya-karya mereka.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Product Code: 9789672640516
  • Availability: In Stock
  • RM50.00

Tags: Sastera, Sejarah, Melayu