If you choose self-pickup, we will email you when your order is ready. We usually take 2 to 3 days to process your order. Thank you! ♥️

Hikayat Sarawak by Muhammad Rakawi Yusuf

Hikayat Sarawak by Muhammad Rakawi Yusuf

Hikayat Sarawak adalah sebuah karya sejarah tradisional paling awal diterbitkan di Sarawak. Merupakan  persejarahan negeri yang punya keistimewaan tersendiri dalam konteks persejarahan Malaysia. Pengkaryanya, Muhammad Rakawi Yusuf adalah seorang nasionalis dan novelis Melayu berjiwa kritis dan mendukung gagasan persis seekor ular yang menglingkari Borneo. Rakawi menyaksikan sendiri negerinya diperintah rejim Brooke dan birokrat kulit putih yang sombong bangga dengan kebudayaan mereka. Rakawi resrah gelisah melihat nasib anak watan yang miskin serba-serbi; sedang pada waktu yang sama, kekayaan tanah airnya disedut bangsa asing yang mengecapi kemajuaan ekonomi dan pendidikan. Berbanding nasib putera bumi Sarawak yang dibelenggu kemiskinan dan kemunduran ilmu. Malah, dokumen dan karya sejarah yang ditulis dari sudut padangn kolonial, termasuk penulis upahan Brooke; menghina budaya putera bumi manakala pejuang antikolonial pula dicap sebagai lanun dan pemberontak. Beranikah Rakawi mencabar dogma ini sekali gus menyanggah kejalangan ilmiah penulis upahan rejim Brooke? Tegasnya, persoalan tersebut hanya terjawab secara tuntas jika perbandingan dibuat antara pemikiran kesejarahan  Rakawi dalam Hikayat Sarawak dengan A History of Sarawak Under Its Two White Rajahs (1909), karya S.Baring -Gould dan C.A.Banpfylde. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM50.00

Tags: Malaysia, Politics, Extremism and Education