Hitam Putih : Catatan dan Pesanan

Hitam Putih : Catatan dan Pesanan
Penulis: Taj Addin
Subjek: Catatan, Fiksyen
Keadaan: Bagus
Penerbit: Merpati Jingga
Tahun: 2011

Hitamputih: Catatan dan Pesanan adalah seperti yang dinyatakan, sebuah himpunan catatan, pesanan dan olahan rasa yang diluahkan dalam sukatan yang sederhana buat anak-anaknya dan juga bagi mereka yang dikasihi. Kehidupan di dunia ini telah jelas hitam dan putihnya, hanya kita yang degil dengan tuntutan nafsu sehingga tercipta sebuah ruang kelabu yang baru dan sentiasa berubah-ubah. Atas kesedaran itu, kumpulan nota-nota ini juga merupakan sebuah penerokaan ruang kelabu dalam diri sendiri. Ia merupakan sebagai sebuah wasilah buat zuriatnya agar dapat mereka mengenalinya dengan lebih dekat selepas pemergiannya nanti. Terkandung dalam butir-butir kata yang tersusun adalah pandangan beliau tentang keadaan dirinya sendiri dan tentang masyarakat sekelilingnya. Ia juga merupakan batu penanda bagi perjalanan hidupnya setakat ini; segala kejayaan, kegagalan, perkara yang melahirkan kelucuan juga airmata turut dimuatkan dengan gayanya yang agak naif (walau sudah berusia hampir 40 tahun).

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Merpati Jingga
  • Product Code: 9789671012642
  • Availability: In Stock
  • RM30.00

Tags: Hitam Putih : Catatan dan Pesanan, Taj Addin, Catatan, Malay