Identiti Cina Muslim di Malaysia: Persempadanan Perundingan & Kacukan Budaya

Identiti Cina Muslim di Malaysia: Persempadanan Perundingan & Kacukan Budaya

Penerbit: Penerbit UKM

Penulis: Hew Wai Weng

Mukasurat: 250 mukasurat

Tahun terbitan: 2014


Di Malaysia, orang Melayu didefinisikan sebagai Muslim menurut Perlembagaan Persekutuan, manakala orang Cina bukan Muslim. Bertolak daripada tanggapan citra “masuk Islam itu masuk Melayu”, kini terdapat sesetengah Cina Muslim yang berusaha menonjolkan identiti kacukan unit mereka melalui penggabungan unsur Cina dengan Islam seperti Persatuan Cina Muslim Malaysia, masjid seni bina Cina dan restoran halal Cina. Namun, pertembungan budaya yang tidak terhenti terus berlaku, khususnya melalui pergaulan sosial dan perkahwinan campur dengan orang Melayu. Dalam kehidupan harian identiti kebanyakan Cina Muslim bersifat fleksibel, di mana mereka dapat menyesuaikan identiti mereka yang berganda bergantung kepada keadaan semasa dan pelakunya. Berdasarkan kerja lapangan yang dijalankan sepanjang tahun 2002 hingga ke 2004 di sekitar Lembah Klang, buku ini meneliti persempadanan, perundingan dan kacukan identiti Cina Muslim melalui beberapa aspek seperti penglibatan politik dan persatuan, penamaan, banci, label etnik serta representasi budaya seperti pakaian, makanan, seni bina, bahasa dan perayaan. Buku ini menganggap identiti Cina Muslim sebagai cermin yang menarik kepada kerumitan kedudukan etnisiti dan agama, serta kedinamikan interaksi etnik di Malaysia.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789674120177
  • Availability: In Stock
  • RM40.00