J by Syahmi Fadzil (ROMAN)
"Dia menafikan sebarang petanda atau mesej. Mimpi hanya mimpi seperti melompat masa. Ia hanya melompat masa. Jika ada soalan tentang bagaimana, serahkannya kepada ahli sains. Apa yang perlu saya risaukan, dia beritahu lagi, adalah kenapa."
J sebuah kisah yang bermula ketika remaja belajar untuk berpaling dari kebosanan menanti dewasa-tentang Ali dan jiran rumahnya Juria, yang menjadikan muzik sebagai suaka kepada kehadiran masing-masing.
Dari selesa bilik tidur yang kelam, ke Kopi & Mimpi dengan tiang berbaju pokok, ke majlis tari perpisahan pelajar sekolah, rumah pokok disebalik hutam, rumah puaka dengan deko melebih, labirin puisi berpendingin hawa, terus ke rinci bandar dalam julat usia 10 tahun. Di semua tempat dan pengalaman ini hanya ada memori sebagai bahasa yang terapung kerana waktu tidak meletakkan mereka di dunia yang sama.
Dilahirkan sebaya, Juria menantikan kejutan hiudp sebagai sebuah pesta, Ali pula menolak kemeriahannya. Kemudian muncul 27, perca lirik lagu tulisan tangan, dan rakaman dialog rambang dari lampau supaya impian yang tidak bertuan boleh bernafas kembali.
Tentang Penulis
Syahmi Fadzil, lahir dan membesar di Klang, Selangor. Selesai pengajian senibinanya, SF mencari ruang yang lebih besar dari garis lukisan bangunan dan kedudukan ruang di antara dinding-membawa kepada penulisan novel digital ASING di wattpad FIXI dan novela INSTA terbitan Moka Mocha In. Juga telah menulis beberapa cerpen yang diterbitkan di Selut Press, Buku Hitam Press, Lejen Press dan SelangorKini. SF turun bermain dengan suara penulisannya di syahmifadzil.blogspot.com