Belajar Solat Dari Isteri Rasulullah

Belajar Solat Dari Isteri Rasulullah

Penerbit : Jundi Resource

Tahun Terbitan : 2013

Mukasurat : 360


Ummu Salamah bertanya, " Wahai utusan Allah, manakah yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari yang bermata jelita?"


Rasulullah SAW menjawab, "Wanita-wanita dunia lebih utama (lebih baik) dari bidadari, seperti kelebihan yang nampak dari apa yang tidak terlihat." Ummu Salamah bertanya, "Apa sebab wanita-wanita dunia lebih utama dari bidadari di syurga wahai utusan Allah?"


Rasulullah SAW menjawab, "Kerana solat dan puasa mereka dilakukan semata-mata untuk Allah Azza Wa Jalla. Allah meletakkan cahaya di wajah mereka, pakaian mereka dari kain sutera yang sangat halus, kulit mereka putih bersih, pakaian mereka berwarna hijau, perhiasan mereka kuning keemasan, sanggul mereka diperbuat dari mutiara dan sikat mereka diperbuat dari emas tulen. 


Mereka; wanita-wanita dunia berkata, "Di syurga kami hidup abadi dan tidak mati, sikap kami sangat lembut dan tidak pernah sekalipun bertindak jahat, kami sentiasa mendampingi dan tidak pernah sekalipun berpisah, kami redha dan tidak pernah sekalipun bersungut, dengki, iri hati, ghibah. Berbahagialah orang memiliki kami dan kami memilikinya." 

                - Hadis Riwayat Imam Muslim (1055)


Dengan hadirnya naskah ini, diharapkan kaum muslimah mampu mendirikan solat dengan lebih baik senafas dengan tuntutan Rasululla SAW. Dan solat yang didirikan akan membuahkan kebahagiaan (kesejahteraan) dunia, serta keberuntungan abadi akhirati (FiDunya Hasanah wa Fil Aakhirati Hasanah). InsyaAllah


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Jundi Resources
  • Product Code: 9789675968464
  • Availability: In Stock
  • RM30.00