Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideologue, Pemimpin

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideologue, Pemimpin

Penerbit : Jundi Resources

Tahun Terbitan : 2015

Mukasurat : 265


Buku ini diluncurkan untuk merakamkan perjalanan seorang tokoh besar dalam politik dan dakwah di negara ini. Tuan Guru Abdul Haji Awang telah menorah nama yang besar pada lembaran sejarah kebangkitan Islam di Malaysia pada penghujung dekat 70-an dan dekad 80-an sehingga beberapa kali menghiasi majalah antarabangsa seperti Asia Week. 


Beliau telah diangkat menjadi ikon peserta kebangkitan Islam di Malaysia sehingga situasi itu digelar sebagai fenomena Haji Hadi, ceramah dan kuliahnya mencecah ribuan pendengar. Aktiviti pembinaan kader dakwah juga berjalan dengan rancak pada dekad 80-an dengan Tuan Guru menjadi tenaga pengisi paling utama di samping tokoh-tokoh ulama muda seperti Ustaz Fadhil Noor, Ustaz Harun Taib, Ustaz Yahya Othman, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rushi, Ustaz Hassan Shukri dan lain-lain nama lagi yang tidak mampu tersenarai di sini. 


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Jundi Resources
  • Product Code: 9789675968624
  • Availability: In Stock
  • RM20.00