For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Kerumitan Perjanjian Perdagangan Antarabangsa

-60% Kerumitan Perjanjian Perdagangan Antarabangsa

Tajuk: Kerumitan Perjanjian Perdagangan Antarabangsa: Isu Utama Dalam Dasar Perdagangan Malaysia

Penerbit: Khazanah Nasional

Mukasurat: 357 mukasurat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia


Pada era terdahulu, perdagangan entrepot merupakan komponen penting dalam ekonomi Malaysia. Ekonomi terbuka dan dasar perdagangan liberal Malaysia moden memastikan bahawa perdagangan antarabangsa akan terus menjadi platfrom penting untuk pertumbuhan ekonomi. 


Perdagangan global dewasa ini dijalankan antara negara mengikut peraturan dan peruntukan yang termaktub dalam pelbagai bentuk aturan perdagangan, termasuk perjanjian perdagangan bebas (free trade agreement atau 'FTA'). Sedia wujud, obligasi yang khusus dan syarat perdagangan bagi setiap aspek perdagangan, termasuk persaingan dan perlindungan hak harta intelek, juga dalam sektor-sektor penting, seperti sektor perkhidmatan. Peruntukan, obligasi dan syarat ini tidaklah tersusun rapi tetapi terletak di bahagian yang berasingan dalam suatu perjanjian. 


Pihak berkepentingan dalam sektor awam dan swasta berhadapan dengan risiko kerugian dan ketidakpastian jika mereka tidak arif tentang kerumitan yang mendasari FTA. Dengan adanya pemahaman yang lebih baik, hasil terbaik mungkin dapat dicapai. Buku ini disasarkan kepada penggubal dasar, perundingan perdagangan, pelabur dan sektor swasta serta pengguna umumnya. 


'Tulisan yang ada tentang isu sedemikian suka didapati tetapi kalau ada pun, sudah ketinggalan zaman. Buku ini yang mendapat sumbangan yang bermakna daripada cendekiawan terkemuka, membantu mengisi kekosongan tersebut'

Prof. Mohamed Ariff


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM50.00
  • RM20.00