For self-pickup, please wait until we email you when your order is ready — usually within 3 working days. ❤️

Keusahawanan & Masyarakat Orang Asli

Keusahawanan & Masyarakat Orang Asli

Penerbit: Penerbitan UKM

Mukasurat: 139 muka surat

Tahun terbitan: 2016

Bahasa: Bahasa Malaysia


Pembangunan modal insan tanpa mengira bangsa dan etnik merupakan agenda penting negara bagi memastikan kesejahteraan serta keharmonian negara. Kesejahteraan rakyat dan keharmonian negara ini penting bagi meningkatkan produktiviti serta mengukuhkan kesepaduan sosial dan perpaduan masyarakat serta seterusnya mengurangkan jurang perbezaan antara bangsa atau etnik. Menurut Laporan JHEOA pada tahun 2008, 19 peratus daripada jumlah miskin tegar pada peringkat nasional adalah Orang Asli. Antara focus utama kerajaan adalah untuk memberi pendidikan dan latihan yang baik kepada generasi muda Orang Asli. Melalui ikhtiar ini diharap masyarakat Orang Asli dapat keluar daripada kepompong kemiskinan. Usaha ini akan dapat direalisasikan sekiranya usaha penambahbaikan kurikulum mahupun buku dapat diubah suai mengikut budaya serta kepercayaan masyarakat Orang Asli. Oleh yang demikian, bagi memahami masyarakat Orang Asli dan khususnya yang berkaitan dengan keusahawanan, buku ini adalah antara yang terbaik untuk memberi gambaran dan panduan mengenai keadaan semasa masyarakat Orang Asli. Fokus perbincangan dalam buku ini adalah berkaitan dengan masyarakat Orang Asli di Malaysia secara amnya, budaya dan kepercayaan, status semasa mereka, penglibatan mereka dalam bidang keusahawanan dan cabaran yang dihadapai serta bagaimana cara untuk mengatasi kesemua cabaran ini.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Penerbit UKM
  • Product Code: 9789674123895
  • Availability: In Stock
  • RM30.00