Laki Garden by Fazleena Hishamuddin, Pnut Syafinaz, Sofia J. Rhyland

Laki Garden by Fazleena Hishamuddin, Pnut Syafinaz, Sofia J. Rhyland

Author/Editor: Fazleena Hishamuddin, Pnut Syafinaz, Sofia J. Rhyland
New Pb120 pp.
Subject: Fiction
Condition: Good
Studio Anai Anai
Published: 2015


Buku ini adalah himpunan cerita daripada tiga orang bini tentang laki mereka. Apapun, ini bukan cerita keluh-kesah kerana laki mereka tak romantik. Bukan juga cerita yang membanding-bandingkan laki romantik dengan laki tak romantik. Dan, jauh sekali cerita 'di dalam kelambu'. (Cerita 'di dalam kelambu' biarlah kekal di dalam kelambu sahaja ya.)

Ini kisah sweet-sweet yang menjadi tali pengikat hubungan mereka. Tali yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar, tetapi kita tahu tali itu ada di situ.

Pada mereka, romantik orang lelaki ni tidak semestinya datang dalam bentuk kata-kata manis pada kad ucapan ulang tahun, atau sejambak bunga, atau sekotak cokelat, atau sebungkus gula-gula. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk perbualan seharian seperti, "Gulai lemak telur itik campur belimbing buluh yang awak masak semalam tu ada belen lagi tak? Saya nak bawa bekal pergi kerjalah. Sedap!"

Atau barangkali dalam bentuk, "Selalunya, laki I suruh I tidur dulu nyenyak-nyenyak supaya I tak terganggu dengan dengkur dia yang macam bunyi traktor tu. Sweet-kan!"

Mmm, how lucky they are... kan!?
 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • RM20.00

Tags: Fiction, Studio Anai-Anai, Fazleena Hishamuddin, Tari Pasar Perempuan, Fiksyen