Lapan Prinsip Sistem Taetea: Kaedah Pengajian Cha Dao China
Click Image for Gallery
Penerbit: Gerakbudaya
Penulis: Wu Yuanzhi
Mukasurat: 195 mukasurat
Tahun terbitan: 2021
Bahasa: Bahasa Malaysia
Buku ini menunjukkan kaedah pengajian asas Sistem Cha Dao Taetea, yakni Lapan Prinsip Taetea melalui kedua-dua gambar dan teks. Kandungannya termasuk inti pati konotasi, isi penting pengamalan, prosedur-prosedur versi demonstrasi dan versi pengajian dan lain-lain. Buku ini bukan sahaja menegaskan praktikal dan estetika, juga membimbing pembaca mencapai kesedaran dan mendapat pencerahan tentang Cha Dao melalui menikmati teh, seterusnya memperoleh kesenangan estetika dan penyempurnaan rohani sehingga mencapai matlamat akhir.
Tentang Penulis
Wu Yuanzhi ialah seorang pengamal Cha Dao. Beliau merupakan Ketua Pengarah Lembaga Kumpulan Taetea, pengasas Akademi Sarjana Teh Cina Bertauliah (ACCTM) dan Yayasan Kebajikan Taetea. Beliau telah lama menceburi diri dalam pengajian dan pengamalan Cha Dao. Beliau merupakan perintis yang mempromosikan prinsip Cha Dao "menghargai teh dan mengasihi orang". Beliau berkomitmen untuk membangun disiplin dan profesionalisasi tatacara menikmati teh di samping mempercayai bahawa tatacara minum teh ialah resipi untuk tenang jiwa.