Fantastik By Hasrul Rizwan

Fantastik By Hasrul Rizwan

Cinta tidak pernah memihak kepada Ali walau bagaimana pun dia mencuba. Dia bagaikan terkena sumpahan. Ali kini mengetahui silapnya. Bukan karma, sial atau saka keturunan yang menempel di tubuhnya. Ali menyedari dirinya terlalu baik untuk gadis.

Bermula malam tahun baru, pada detik yang menghimpunkan segala kedukaan setelah ditinggalkan kekasihnya, Anita (Instafemes sendu suam-suam kuku), Ali berazam untuk menjadi lelaki baru yang bangkit dari abu. Ali mahu jadi bad boy. Menjadi lelaki paling liar dan fantastik yang merobohkan hati gadis yang pernah menolak cintanya dahulu.



Hasrul Rizwan yang juga dikenali dalam dunia siber sebagai Mat Gorn, seorang blogger yang penyegan untuk menaik muat posting terbaru di manapiranha.blogspot.com. Dilahirkan di Mahang, Kedah dan dibesarkan di Melaka sejak kecil selama 16 tahun di sebuah Kem tentera Komando, Hasrul disajikan dengan aksi para tentera semenjak kecil. Bergelut melihat darah, bertarung hidup dan kaya dari segi selok belok ketenteraan menjadikannya seorang pencerita yang lantang.


Separuh umurnya dihiburkan di dalam kem bersama teman yang sama, berbual perkara yang sama dan bermain dengan permainan yang sama cukup membuatkan Hasrul untuk baligh awal dari masanya. Ya, Seorang cerpenis dalam genre Komedi hitam, satira, erotika dan juga bercorak fast paced. Murtad adalah cubaan pertamanya untuk keluar dari daerah cerpen yang telah bertahun beliau berkasih sayang.a

Format
Author Hasrul Rizwan
Cover Paperback
Published 2019

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Fixi
  • Product Code: 9789672128892
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
  • RM19.90

Tags: FANTASTIK, Hasrul Rizwan, Fixi, Buku Fixi