Majnun By Zul Azlin (Fixi)

Majnun By Zul Azlin (Fixi)

Penerbit :  Fixi    


Halaman : 268 m/s


Penulis : Zul Azlin


Tahun Terbitan : 2020


Selama lebih kurang enam bulan Alqamariah atau Al, menyamar sebagai pembantu rumah harian Indonesia. Misinya satu, untuk mencari Chinta, gadis asal Jogjakarta, Indonesia yang telah hilang selepas beberapa di Malaysia untuk beberapa bulan. Hasil siasatan Al mendapati, kali terakhir Chinta dilihat memasuki bangunan HATAL milik seorang pakar psikiatri yang sedang meningkat naik di Malaysia, Dr. Aduka Taruna Ahmad Lazim. 


Dalam masa yang sama, Detektif Badrol telah ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan warga asing yang semakin meningkat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Siasatannya telah turut membawa dia ke klinik psikiatri Dr. Aduka Taruna yang dikatakan telah banyak menyembuhkan banyak orang dengan ubatan terbaru. Dia juga telah berkenalan dengan Alizee, seorang wartawan muda berpenampilan ranggi yang sering kelihatan berhampiran bangunan HATAL. 


Kebenaran yang terbongkar telah menggubah misi Al dari misi menyelamat kepada misi membalas dendam. Dia bertekad orang berbahaya seperti Dr. Aduka harus dihentikan dengan apa jua cara sekalipun. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Fixi
  • Product Code: 9789672328315
  • Availability: In Stock
  • RM19.90

Tags: TENGGEK by Anas Mohd (FIXI), KIAMAT by Izhar Ruslan (FIXI)