Magisial | Jun (Prolog Media)

Magisial | Jun (Prolog Media)

Penerbit : Prolog Media

ISBN : 9789671321157

Mukasurat : 337


"Cinta yang membawa kepada konflik adalah perkara biasa. Tetapi, konflik yang membawa kepada cinta adalah perkara yang ... luar biasa!"


Menjadi penulis di zaman dunia tanpa sempadan ini bukannya perkara yang menyeronoknya bagi Jen Ali. 


Kejayaan novel Suamiku Bukan Anak Dato, Suamiku Anak Tan Sri diangkat menjadi drama adaptasi telah membuatkan dia menjadi mangsa kecaman 'hakim-hakim' media sosial. 


Sudahlah dikecam, diugut bunuh pula. Tidak cukup dengan itu, ada demonstrasi membakar novelnya di hadapan SOGO!


Kehidupan tenang Jen diragut. Sejak daripada itu, dia mula mengasingkan diri daripada dunia media sosial. Semakin dia selesa dengan dunia sepinya, muncul Danee, doktor kacak bermata coklat yang menjadi jiran barunya. Hati mula terusik. Putaran hidup yang selamanya ini tenang, mulai berubah. Perkenalan dengan Danee, tanpa disangka menjerumuskan Jen dalam kancah pembunuhan bersiri yang menggegar negara. 


"Masyarakat kita sedang sakit. Sakit jiwa."

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Prolog Media
  • Product Code: 9789671321157
  • Availability: In Stock
  • RM24.00