Memaknai Kehadiran : Imbasan dan Renungan, Kerja dan Penyusunan

Memaknai Kehadiran : Imbasan dan Renungan, Kerja dan Penyusunan
Author: Azizan Bahari

Publisher: Pustaka Qarya

Pages: 197 pg

... Raikan kesegaran keindahan dan keceriaan yang amat sederhana ini semahu-mahunya. Tangguhkan dahulu segala panggilan kerana di sini sudah hadir nikmat dan penyempurnaan
kehidupan.
"Mengapa Menangguhkan Keraian?"
(Oktober 2017)

...perjuangan juga bukan untuk dideritai, ditanggung keperitannya sehingga kehidupan amat meresahkan. Sebaliknya, perjuangan harus sesuatu yang mengilhamkan, mengekalkan
azam, yakni merangsang diri untuk terus hidup dan memaknakan
kehadiran.
"Perjuangan itu Kehidupan"
(Julai 2019)

Meskipun relatif, menghargai kehidupan bermaksud memberi nilai tinggi kepada apa-apa yang kita warisi dan miliki dan menempuhi usia-usia kita secara yang bererti. Menghargai
kehidupan tidak lengkap tanpa memaknakan kehadiran dengan usaha dan perkongsian yang berguna dan membantu dalam meningkatkan kemanusiaan, ketamadunan.
"Ke arah Perkongsian Bermakna,
Bukan sebagai Non-factor"
(November, 2019)

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Product Code: 9789671195253
  • Availability: In Stock
  • RM25.00