Membumikan Rahmatan Lil' Alamin: 22 Bulan Pentadbiran Islam Di Putrajaya

Membumikan Rahmatan Lil' Alamin: 22 Bulan Pentadbiran Islam Di Putrajaya

Penerbit: Ilham Books

Penulis: Mujahid Yusof Rawa

Mukasurat: 348 mukasurat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia


Rahmatan lil 'Alamin, Maqasid Syariah dan Model Malaysia adalah antara gagasan yang dimulakan oleh penulis sebaik sahaja dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) apabila kerajaan Pakatan Harapan dibentuk selepas kemenangan bersejarah 9 Mei 2018.


Dalam masa singkat, penulis telah berjaya menjadikan dasar baru pentadbiran Islam ini sebagai sikap rasmi Kerajaan Malaysia apabila mendapat persetujuan daripada Majlis Raja-Raja Melayu dan Kabinet Jemaah Menteri pada pertengahan 2019.


Buku ini memaparkan visi, misi dan hasrat pentadbiran Islam baharu tersebut, usaha serta cabaran yang dihadapi sepanjang penulis menjawat Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam. Namun akhirnya usaha ini terbantut apabila Kerajaan Pakatan Harapan dijatuhkan melalui Langkah Sheraton pada Februari 2020.


Selain menjawab isu-isu kontroversi sepanjang 22 bulan pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, penulis juga telah menggariskan cabaran demokrasi pasca Covid-19 dan daya ketahanan nasional yang diperlukan oleh Malaysia untuk terus melonjak ke hadapan.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: ILHAMBooks
  • Product Code: 9789672007456
  • Availability: In Stock
  • RM45.00