Memoir New Zealand
Tajuk: Memoir New Zealand: Pengalaman bekas pelajar-pelajar
Malaysia di New Zealand sepanjang 1970an-1980an
Penulis: Mohd Fudzail Mohd Nor
Publisher: Fudzail Publication
Harga: RM30
ISBN: 9789672674979
Size: 20.2x12.3x1.5
Bulan Januari 1985 adalah tarikh keramat. Hijrah! Kali ini
ianya bukan setakat hijrah dari kampung ke bandar, bukan berpisah dengan yang
tersayang untuk sebulan dua dan bukan juga hanya menaiki kenderaan darat. Tidak
pernah terlintas di fikiranku untuk menaiki pesawat merentas benua. Bagaimana
mungkin anak kampung yang langsung tidak mahir berbahasa Inggeris ini mampu
untuk terbang ke negara yang bahasa ibundanya bukanlah Bahasa Melayu, beribu
kilometer ke selatan dunia dan mesti meninggalkan ibubapa, adik beradik
tersayang bertahun-tahun lamanya. Sepanjang penerbangan, saya seakan tak
percaya yang kami benar-benar dalam perjalanan ke luar negeri. Beberapa kali
bertanya kepada Aziz yang duduk di sebelah, "Betul ke ni? Kita nak ke New
Zealand?" Macam mimpi saja, bila-bila masa akan kembali ke realiti.
Pertama kali naik pesawat dan pertama kali keluar negara. 4.1> Zaman bergelar pelajar inilah masa untuk kita
menimba pelbagai pengalaman dan merasai asam garam kehidupan. Namun hakikat
sebenarnya kita bertanggungjawab atas diri kita sendiri. Sebagai pelajar
tajaan, hidup di luar negara bukan sekadar untuk bersuka-ria. Tapi kita
sebenarnya memikul amanat rakyat Malaysia. Di samping itu kita bukan sahaja
membawa nama baik penaja dan keluarga, kita juga adalah duta kepada bangsa,
negara dan agama.