If you choose self-pickup, please wait until we email you when your order is ready. Due to overwhelming demand for Tommy Thomas's 'My Story: Justice in the Wilderness', we expect shipping delays. We apologise for any inconvenience.

Wanita Tahanan Reman

 Wanita Tahanan Reman

Sri Diah dan emansipasi wanita tidak dapat dipisahkan daripada cerpen-cerpennya. Melalui cerpen-cerpennya terlihat cubaan beliau untuk mengajar lelaki atau menikam kedurjanaan lelaki itu, dengan kudrat bahasa berkiasnya, dan dengan keterampilannya yang penuh ilmiah. Kumpulan cerpen Wanita Tahanan Reman ini menghimpunkan sejumlah 28 buah cerpen yang ditulis awal tahun 80-an sehingga tahun 90-an dan bertemakan hak dan perasaan wanita dalam berdepan pelbagai krisis dan konflik. Secara keseluruhan, cerpennya beraneka ragam dan memperlihatkan krisis masyarakat moden yang berdepan dengan kehidupan kota yang serba kompleks dari sudut jasmani dan kerohanian. Dari sisi lain, cerpennya juga menampakkan peralihan dan pergerakan masyarakat Melayu yang bergerak dari desa ke kota dan mencipta nilai dan norma baru kehidupan moden. Kumpulan cerpen ini memperlihatkan kekuatan penulisan Sri Diah yang mampu keluar daripada kepompong konvensi sosial dan perkembangan semasa kebanyakan pengarang wanita Melayu, selalu pasrah pada takdir dan kekuasaan sang lelaki.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: ITBM
  • Product Code: 9789674303013
  • Availability: In Stock
  • RM35.00

Tags: Malaysia, Politics, Extremism and Education