Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya

2-3 Days Biblioholisme: Menelusuri Pesona Dunia Buku dan Pencintanya

Buku yang hebat merupakan bahan bacaan yang mampu mempengaruhi manusia dan zamannya, benar-benar mengusik dan menyentuh jiwa, serta berupaya memaknakan hidup pembaca. Sejarah juga membuktikan buku mempunyai magis luar biasa yang mampu mengalirkan air mata manusia, mencetuskan keceriaan, menimbulkan kegembiraan, bahkan menggerakkan proses penentangan terhadap ketidakadilan.

Biblioholisme: Menelurusi Pesona Dunia Buku dan Pencintanya mendedahkan kehebatan sebuah buku dan bagaimana ia mampu mengubah pencintanya menjadi orang yang hebat, berintelek dan dihargai masyarakat. Buku yang dibaca juga mampu menyelesaikan pelbagai masalah, malah banyak individu yang bermula sebagai orang biasa akhirnya menjadi manusia unggul dengan hanya membaca buku.

Buku ini juga membawa pembaca ke sebuah dunia yang penuh mistik dan estetik; dunia biblioholisme.


Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Stock Status

You can assign custom blocks with custom messages on Out of Stock products only.

  • Brand: ITBM
  • Product Code: 9789830688824
  • Availability: 2-3 Days
  • RM15.00

Tags: A. Samad Said, Novel, Fiksyen, Malaysia