Menyokong Gerakbudaya! | Menyokong Penerbit Swadaya!

Kebelakangan ini, Gerakbudaya mengalami pelbagai cabaran dan kesukaran. Dengan kemelesetan industri buku yang berlaku dan ditambah pula dengan penularan COVID-19 merupakan cabaran terbesar yang pernah kami hadapi. Akan tetapi kami akan tetap berjuang melalui kempen SOKONG GERAKBUDAYA, SOKONG PENERBIT SWADAYA! Jualan buku ini bermatlamat untuk menjanakan RM250, 000 untuk kami terus membiayai penerbitan dan khidmat pengedaran buku-buku penting ke seluruh negara. 


Di samping menjalan kempen ini, kami juga promosi untuk semua buku dari terbitan tempatan. Kami difahamkan bahawa penerbit-penerbit tempatan juga mengalami kesukaran. Dengan ini kami sebagai tanda sokong, kami mengadakan promosi sekali dengan memasukkan buku-buku terbitan mereka. 


Kawan-kawan dan sahabat-sahabat serta semua pencinta buku, kami sangat-sangat memerlukan sokongan dan bantuan anda untuk kami terus bernafas.


Ayuh Terus Sokong Buku Tempatan!


Your shopping cart is empty!