If you choose self-pickup, please wait until we email you when your order is ready. Due to overwhelming demand for Tommy Thomas's 'My Story: Justice in the Wilderness', we expect shipping delays. We apologise for any inconvenience.

Tun Perak: Paduka Raja

Tun Perak: Paduka Raja
Penulis: Affifudin Omar
516 m/s
Subjek: Fiksyen, Sejarah
Keadaan: Bagus
Penerbit: Afif Books
Tahun: 2017
ISBN: 9789671189788
Tun Perak yang dididik secara Islam oleh mualim-mualim yang mula menyebar Islam di Melaka pada tahun 1420 Masihi memisahkan budaya istana daripada corak lama iaitu, budaya animisma dan Hindu-Buddha. Contohnya di bawah kepercayaan Hindu-Buddha kuasa mutlak raja tidak sesiapa boleh menyoal kerana ini adalah perbuatan derhaka. Pegangan ini telah dihadkan oleh Tun Perak kepada raja yang adil. Raja zalim boleh disanggah, mengikut hukum Islam.

 

Berasaskan konsep ini Tun Perak menasihati dan mengemudikan pemerintahan tiga raja Melaka. Hasilnya Melaka membangun dari segi ekonomi, politik dan sosial dengan hebat, sehingga dapat menguasai sebahagian besar Alam Melayu. Banyak reformasi yang diperkenalkannya seperti mengkanunkan undang-undang yang mempastikan iklim perniagaan dan pembukaan negeri berada di dalam keadaan aman dan sejahtera. Competitive advantage Melaka berbanding dengan kuasa-kuasa serantau seperti Siam dan Majapahit diperkuatkan oleh adanya reform-reform yang diperkenalkan Tun Perak.

 

Tun Perak menyedari bahawa kerana teguhnya wkhuwah di kalangan saudagar Islam dengan pemerintah, Melaka berjaya membangun ekonoinya dengan pesat. Di atas struktur ekonomi yang kukuh, prasarana politik dan sosial masyarakat Melaka dibina menjadi asas tamadun Melayu moden. Di bawah pimpinan Tun Perak sinar Islam memancar dari Melaka ke seluruh Alam Melayu.

 

Akhirnya apabila raja keempat Sultan Mahmud Syah mengkhianati segala apa yang diperjuangkan oleh Tun Perak, akibat kerakusan hawa nafsu, maka jatuhlah Melaka ke tangan Portugis.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Afif Books
  • Product Code: 9789671189788 – Tun Perak: Paduka Raja
  • Availability: In Stock
  • RM40.00

Tags: Afif Books, Dato' Wira Dr. Affifudin Bin Hj. Omar, Melaka