Merah & Mentah : Hak Orang Asal dan Undang-Undang di Malaysia

Merah & Mentah : Hak Orang Asal dan Undang-Undang di Malaysia

Publisher: Center For Orang Asli Concerns

Year of publishing: 2020

Pages: 184 pg


Dalam undang-undang antarabangsa, hak-hak Orang Asal telah termaktub dalam dua instrumen antarabangsa - iaitu Deklarsi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Hak Orang Asal (UNDRIP) dan Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa No169 tentang Orang Asal dan Puak. 


Buku Merah & Mentah ini dihasilkan dengan menggunakan dua instrumen antarabangsa tersebut sebagai penanda aras berbanding dengan rangka perundangan dan dasar Malaysia. Dalam perbandingan antara Perlembagaan Persekutuan dan beberapa undang-undang negara dan negeri dengan UNDRIP dan ILO C169, adalah jelas mengapa Orang Asal merupakan golongan yang paling tertindas dan terpinggir di Malaysia. 


Kajian ini mengemukakan beberapa bentuk reformasi dan syor-syor bagi sistem perundangan dan dasar negara untuk membantu Orang Asal keluar daripada situasi dan kesengasaraan mereka. Justeru, buku Merah & Mentah adalah sumber penting dalam usaha advokasi terhadap hak-hak Orang Asal di Malaysia terutama sekali dalam usaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Kebangsaan Orang Asal. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM20.00