Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa

Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir dan Kuasa


Minda Tertawan mengemukakan pandangan-pandangan kritikal Raja Ahmad tentang keadaan intelektual dan juga akademia di Negara ini, yang disifatkannya tertawan oleh penguasaan politik. Apa yang menjadikan pandangan ini menarik untuk dinilai ialah ia datang daripada seorang yang hingga hampir 10 tahun lalu, satu tempoh panjang dalam hidupnya, terlibat dalam politik secara langsung, di kedua-dua belah garisan yang memisahkan dua kumpulan politik terbesar di Negara kita. Satu pandangan yang perlu diberi perhatian ialah bagaimana politik kepartian menguasai segenap ruang aktiviti manusia di Negara ini, sehingga hampir tidak ada lagi yang bebas daripada takrif dan penguasaan politik kepartian.

– Haris Zalkapli, Penulis, Editor Akhbar Siasah 2006-2010

 

Karya yang merupakan hasil renungan dan pemerhatian teliti seorang penyair, penulis, aktivis masyarakat dan insan budiman sejati, Raja Ahmad Aminullah, ‘Minda Tertawan’ mendedahkan kemunafikan, sifat tidak mahu dipertanggungjawabkan dan ketamakan golongan berkuasa (dan mereka yang masih bergelut untuk mendapatkan kuasa!) dengan cara yang lemah lembut dan penuh kiasan. Beliau menekankan satu-satunya jalan keluar daripada lubuk pemikiran yang membelenggu negara ini adalah dengan kembali kepada warisan intelektual dan budaya mengupas dengan mendalam sebagai cara mengembalikan integriti, kebertanggungjawaban dan akal budi yang telah lama hilang.

– Tan Sei Hon, Penulis dan Kurator

 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: SIRD
  • Product Code: 9789675832116 – Minda Tertawan: Intelektual, Rausyanfikir
  • Availability: In Stock
  • RM23.00

Tags: Malaysia, Raja Ahmad Aminullah