Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik

Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik

Muzik Malaysia : Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinskretik merupakan buku rujukan dan teks yang digunakan secara meluas oleh pelajar-pelajar muzik di institut pengajian tinggi di Malaysia dan luar negara. Skor dan transkripsi serta maklumat pelbagai muzik dari Semanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga menjadi bahan rujukan penting untuk guru-guru sekolah menengah tempatan. Buku ini mengandungi deskripsi beberapa muzik tradisional yang dimuatkan dalam dua cakera padat (CD). Ilustrasi dan gambar foto turut disertakan dan boleh juga didapati di laman web http://muzikmalaysia.net


Kebanyakan lagu yang terdapat dalam 2 keping CD merupakan hasil rakaman para etnomuzikologis dan sarjana dalam bidang muzik/tarian/teater semasa kajian lapangan mereka di pelbagai tempat di Malaysia dari tahun 1970-an sehingga lewat 1990-an. Hak penggunaan rakaman muzik adalah dengan kebenaran para penyelidikan yang telah tercatat dalam buku ini dan petikan yang digunakan adalah dengan kebenaran mereka. Sebahagian lagu yang terdapat dalam CD tersebut diambil daripada piring hitam lama, 78rpm tahun 1930-an. Terdapat beberapa rakaman muzik baru dalam CD tersebut adalah dengan kebenaran komposernya 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • RM82.00

Tags: Dinsman, Teater, Seni