NUSANTARA BERGERAK : SANGGAH PEMULA

NUSANTARA BERGERAK : SANGGAH PEMULA

Penerbit: Gerakbudaya

Penulis: Jurnal Sang Pemula

Mukasurat: 175 mukasurat

Tahun terbitan: 2021

Bahasa: Bahasa Malaysia


Jurnal Sang Pemula merupakan satu pertubuhan kecil yang terdiri daripada 12 anak muda dan di bawah pimpinan Dr Azhar Ibrahim. Tanpa dana besar, tanpa tujuan menjana ratusan ringgit, apatah lagi menjadi popular. Tujuan JSP digerakkan cuma satu iaitu berkongsi ide buat masyarakat (khususnya anak muda) kembali mempersoal, mengkritik, memikirkan dan menganalisis apa yang berlaku di sekeliling mereka. Lebih-lebih lagi ketika negara sedang berhadapan dengan ide-ide jumud.
Maka, dari hasil pelbagai wacana, bengkel dan idea-idea yang kami hadiri dan yang direnungkan, kami curahkan sebahagiannya di dalam buku ini sebagai satu catatan buat Jurnal Sang Pemula sendiri juga untuk masyarakat. Secara umumnya ada lima tema besar yang difokuskan dalam Nusantara Bergerak iaitu sejarah, sastera (cerpen), feminisme, pembangunan (kemiskinan) dan politik.
Selamat membaca! Dan semoga berbahagia semua.


“Esei adalah satu genre paling sulit tumbuh dalam kalangan anak muda. Akan tetapi kalau rajin dibaja, boleh jadi ranum. Maka, kehadiran pelbagai pendekatan esei yang berbentuk perdebatan sejarah, muhasabah agama, kritik budaya, pertanyaan politik; dan pewacanaan gender, menjadikan buku di tangan anda ini satu tandan ilmu yang gila menggiurkan. Ini adalah himpunan esei terbaik daripada anak muda waras tanahair.”
Faisal Tehrani
Penulis, 1515 dan Sastera Adalah Makanan Anjing

“Buku ini harus dimiliki oleh para pembaca di segenap lapisan masyarakat, tua dan muda kerana kurangnya kepekaan terhadap isu-isu keadilan social dan keseteraan yang kelihatan semakin mengukuh di negara ini kerana adanya kekalutan pemikiran yang telah disengajakan atau tidak.”
Dr Fadzilah Din
Pensyarah Kanan di Jabatan Usuludin dan Perbandingan Agama
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Gerakbudaya
  • Product Code: 9789670311821
  • Availability: In Stock
  • RM32.00