Noir Kota by Ariff Mustafa Hamzah (Kata-Pilar)

-20% Noir Kota by Ariff Mustafa Hamzah (Kata-Pilar)

Penerbit: Kata Pilar 

Halaman: 85 m/s


Cerita Kota 49

"Aku jelmaan dewata barzakh."

kata lelaki berkepala serigala

bersut hitam, berkasut kulit.

tubuhnya disalut wangian mewah. 


warga kota tidak peduli wujudnya

pantas mengejar azimat kumbang

yang bergulir terus ke longkang 


lelaki jelmaan dewata meninggalkan beg bimbit di stadium

bola lisut, di terminal mega, di pasar borong, 

di padang tempur, 

di konsert idola, di taman canda, di restoran tular, di harem 

murah, di bawah jambatan, di tembok ratapan - 

di setiap kesempatan, tiada yang dicicirkan, beg terbuka,

wabak meliuk udara, menjangkiti seluruh warga


katanya,

"tanah ini lama tercemar

tugasku mudah, bersihkan 

segala kotoran di kotaloka."

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
  • Brand: Kata-Pilar
  • Product Code: 9789672014737
  • Availability: In Stock
This Offer Expires In:
  • RM23.00
  • RM18.40

Tags: Cerpen, Fiksi, fiksyen, Terangganu, Syuhada Salleh