Paramalang

-10% Paramalang
Author: Matyie Abahaydar
New Pb428 pp.
Subject: Fiction
Condition: Good
Publisher: Gerakbudaya
Published: 2016
“Tulaaa, yang kau percaya sangat mamat muka kaki hancing berak tak flush tu sapa suruh?”

Kehilangan keluarga dalam satu kemalangan ngeri di Sarawak, Allan hampir kehilangan kewarasannya. Dia bangkit dan kembali ke Kuala Lumpur dan bersatu dengan kehidupan lamanya. Kepulangannya menemukan dia kembali dengan rakan-rakan rapat yang berbesar hati menerimanya, dan Michelle, satu watak yang pernah bertakhta dihatinya. Pertemuan itu menghidupkan kembali jiwanya yang telah mati. Namun penerimaan Michelle bukan semudah itu kerana Michelle adalah salah seorang... PARAMALANG.

Allan juga menemui watak-watak baru dalam hidupnya, Sani yang sukar difahami dan Bryan @ Brahim, seorang drummer kumpulan Punk Rock. Dalam satu keadaan yang tidak sepatutnya, kedua remaja belasan tahun ini terjerumus dan terperangkap ke dalam dunia kongsi gelap yang mencengkam. Sani berpeluang untuk menebus jalan keluar setelah diterima menyertai sebuah rancangan ‘game show’, JUTAMINDA. Namun malangnya, perkara tidak selesai semudah itu kerana mereka adalah... PARAMALANG.

Novel ini mengajak pembaca meraikan kehidupan. Ia juga dengan halus menyinggung beberapa perkara di sekeliling kehidupan. Ia bercerita dengan ikhlas dan bahasa yang dekat dengan jiwa-jiwa kita. Yang pastinya, kehidupan sebahagian besar watak-watak di sini, termasuk Allan sendiri perlu diberi peluang untuk dihayati oleh anda semua. Kenapa? Hmmm...kerana meraka adalan PARAMALANG.

Nota tambahan: Seperti sebuah filem, disepanjang novel ini, terdapat sejumlah lagu yang mengiringi mood penceritaan. Untuk lebih feel dan kick, bila tiba bahagian yang tertulis lagu tertentu, buka Youtube dan baca dengan menikmati mood lagu tersebut.

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Gerakbudaya
  • Product Code: 9789832344551 – Paramalang
  • Reward Points: 1
  • Availability: In Stock
  • RM30.00
  • RM27.00
  • Price in reward points: 30

Tags: Malaysia, Matyie Abahaydar