Parut | Zahida Zarkasi (Prolog Media)

Parut | Zahida Zarkasi (Prolog Media)

Penerbit : Prolog Media

ISBN : 9789671321164

Mukasurat : 337


Kalau kutahu realiti tak seindah mimpi, aku rela jalani hidup ini biarpun dihantui beribu persoalan

- Haifa


Dia sangkakan dia cuma terlibat dalam kemalangan biasa. Namun bila diberitahu apa sebenarnya yang terjadi, Haifa rasa segalanya amat luar biasa. 


Hidup yang selama ini biasa-biasa sahaja, tiba-tiba diselubungi misteri. Bagaimana dia yang asalnya berada di Lumut, boleh terdampar di Betong, Thailand?


Macam mana pula, Najmi yang bertakhta di hati selama ini, boleh bertukar kepada Mikhail? Dan tiba-tiba pula, muncul Naimah yang mengaku menjadi teman baiknya. Tidak cukup dengan itu, hadir Asan, yang buat hidup Haifa berubah 100%


Semakin digali, semakin banyak rahsia yang ditemui. Yang pastinya, setiap rahsia itu semuanya saling berkait dengan Tok Timah. 


Apa sebenarnya semua ini? 


"Setiap orang ada rahsia. Itu rahsia kau dengan aku." 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha
  • Brand: Prolog Media
  • Product Code: 9789671321164
  • Availability: In Stock
  • RM24.00